Di sekolah menegkah masalah ponteng sekolah atau tidak hadir ke
sekolah menjadi semakin serius. Setiap hari, paling kurang
20 murid lambat sampai, yang tak hadir pun hampir sama ramai. Kalau hari Isnin
lagi teruk. Guru disiplin dan pengawas terpaksa habiskan masa kira-kira
setengah jam untuk uruskan hal mereka yang lambat ini, isi borang, denda kutip
sampah, bersoal jawab dsb. Fenomena harian ini amat merunsingkan.
Apa mereka buat?
Main game komputer (dalam
rumah), tengok VCD, lepak kat luar dengan kawan-kawan, jamming, kalau hujung
minggu tengok konsert hiburan dan ada juga yang kerja malam (seorang dua).
Heran juga, kat rumah tu memang salah ibu bapa, tapi yang lepak kat gerai,
pergi konsert dan pusat hiburan tu, nak salahkan siapa. Remaja ni bukan budak
kecil, mereka ni dah bukan kawalan ibu bapa 100 %.
Mereka mudah lepak sebab
ada tempat untuk mereka dan seronok pulak tu. Kedai /gerai makan yang dibuka
hingga dinihari, pusat hiburan sampai lewat malam. Ada TV besar. Jumpa member
yang dah dewasa dan dah bekerja. Seronok dapat peluang dengar pelbagai cerita,
boleh merokok dan dalam keadaan ini mereka mudah jadi mangsa pelbagai ejen spt
dadah, rokok, arak, CD lucah, curi motor, ragut, rempit dan sebagainya.
Cuma hairan betul, adakah
perut manusia ini sesuai dijamu tengah malam. Perlu apa buka kedai makan lewat
malam. Sebab tu masalah kesihatan pun bertambah. Makan bukan pada masanya.
Perlukah peniaga diberi kebenaran buka hingga awal pagi. Malam, Tuhan buat
untuk rehat, tidur, isi rohani dengan ibadat bukan untuk isi perut. Pukul 10
malam patut tutup. Ada pula kedai tujuh sebelas tu merata ceruk, buka 24 jam,
jual benda pelik2 yang hanya sesuai untuk orang dah nikah. Semua ni menyusahkan
ibu bapa. Lagi pun mereka nak tidur juga. Ibu bapa letih kerja cari rezeki
seharian, takkan nak berjaga tunggu anak balik dinihari atau nak pergi serbu
anak yang tengah lepak entah dimana.
Rasanya ditempat -tempat
beginilah bermulanya murid sekolah jadi rosak. Pihak berkuasa (yang ada kuasa)
bagi lesen atau permit tu perlu timbang balik, perlukah kita ada banyak premis
perniagaan yang buka tengah malam/24 jam. Kalau klinik tu tak apelah. Jadi
murid yang selalu lambat dan ponteng ni akhirnya nak jadi macam mana.
Cikgu nasihat, beri
kaunseling. Ibu bapa penat nasihat anak, akhirnya menjeruk hati dan tambah
stress., orang PIBG ke, semua tak berkesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan