Halaman

Ahad, 29 April 2012

masalah ponteng sekolah

Di sekolah menegkah  masalah ponteng sekolah atau tidak hadir ke sekolah menjadi semakin serius. Setiap hari, paling kurang 20 murid lambat sampai, yang tak hadir pun hampir sama ramai. Kalau hari Isnin lagi teruk. Guru disiplin dan pengawas terpaksa habiskan masa kira-kira setengah jam untuk uruskan hal mereka yang lambat ini, isi borang, denda kutip sampah, bersoal jawab dsb. Fenomena harian ini amat merunsingkan.
Apa mereka buat?
Main game komputer (dalam rumah), tengok VCD, lepak kat luar dengan kawan-kawan, jamming, kalau hujung minggu tengok konsert hiburan dan ada juga yang kerja malam (seorang dua). Heran juga, kat rumah tu memang salah ibu bapa, tapi yang lepak kat gerai, pergi konsert dan pusat hiburan tu, nak salahkan siapa. Remaja ni bukan budak kecil, mereka ni dah bukan kawalan ibu bapa 100 %.
Mereka mudah lepak sebab ada tempat untuk mereka dan seronok pulak tu. Kedai /gerai makan yang dibuka hingga dinihari, pusat hiburan sampai lewat malam. Ada TV besar. Jumpa member yang dah dewasa dan dah bekerja. Seronok dapat peluang dengar pelbagai cerita, boleh merokok dan dalam keadaan ini mereka mudah jadi mangsa pelbagai ejen spt dadah, rokok, arak, CD lucah, curi motor, ragut, rempit dan sebagainya.
Cuma hairan betul, adakah perut manusia ini sesuai dijamu tengah malam. Perlu apa buka kedai makan lewat malam. Sebab tu masalah kesihatan pun bertambah. Makan bukan pada masanya. Perlukah peniaga diberi kebenaran buka hingga awal pagi. Malam, Tuhan buat untuk rehat, tidur, isi rohani dengan ibadat bukan untuk isi perut. Pukul 10 malam patut tutup. Ada pula kedai tujuh sebelas tu merata ceruk, buka 24 jam, jual benda pelik2 yang hanya sesuai untuk orang dah nikah. Semua ni menyusahkan ibu bapa. Lagi pun mereka nak tidur juga. Ibu bapa letih kerja cari rezeki seharian, takkan nak berjaga tunggu anak balik dinihari atau nak pergi serbu anak yang tengah lepak entah dimana.
Rasanya ditempat -tempat beginilah bermulanya murid sekolah jadi rosak. Pihak berkuasa (yang ada kuasa) bagi lesen atau permit tu perlu timbang balik, perlukah kita ada banyak premis perniagaan yang buka tengah malam/24 jam. Kalau klinik tu tak apelah. Jadi murid yang selalu lambat dan ponteng ni akhirnya nak jadi macam mana.
Cikgu nasihat, beri kaunseling. Ibu bapa penat nasihat anak, akhirnya menjeruk hati dan tambah stress., orang PIBG ke, semua tak berkesan.

Jumaat, 27 April 2012

KSSR

http://www.skparithajiaman.edu.my/v4/modules/PDdownloads/viewcat.php?cid=31

BANK SOALAN PENDIDKAN MORAL

http://www.pendmoral.smkrajaperempuanipoh.com/

MASALAH SOSIAL

FAKTA sebanyak 21 kes pelajar mengandung dan bersalin anak luar nikah sejak 2006 hingga sekarang seperti yang dikesan Kementerian Pelajaran baru-baru ini adalah sangat mengejutkan dan memerlukan perhatian serta tindakan drastik semua pihak dalam mencari jalan mengekang dan mengkaji di mana puncanya sehingga boleh berlaku kes sedemikian.
Kes boleh dikategorikan sebagai perlakuan seks luar nikah atau perzinaan yang dilarang agama dan berbahaya jika dilihat daripada aspek kesihatan seksualiti sehingga boleh menyebabkan penyakit kelamin dan sebagainya. Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu membendung aktiviti perzinaan ini daripada berlaku di kalangan pelajar sekolah.
Aktiviti seks luar nikah adalah perhubungan seksual tidak sihat, perlu dihalang daripada menjalar di dalam masyarakat agar tidak menjadi budaya songsang di kalangan generasi muda di negara ini.
Dilaporkan 12 daripada kes serius ini berlaku di sekolah luar bandar dan sembilan di kawasan bandar di mana siasatan yang dilakukan kementerian menunjukkan bahawa 20 kes adalah berdasarkan aktiviti seks suka sama suka antara pasangan manakala hanya satu kes saja membabitkan rogol dan semua kes berkenaan berlaku di dalam kawasan perumahan masing-masing.
Ini belum lagi termasuk kes yang membabitkan pelajar sekolah ditangkap khalwat, masalah buang bayi, lari rumah mengikut teman lelaki dan sebagainya yang perlu dikekang segera oleh pihak yang bertanggungjawab.
Maklumat yang sangat menakutkan ini berdasarkan sumber yang diperoleh daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sekolah dan Jabatan Kebajikan Masyrakat (JKM) yang mana agensi bertanggungjawab ini mempunyai akses serta pengetahuan langsung berkenaan kes pelajar mengandung dan bersalin anak luar nikah di negara ini.
Oleh yang demikian, semua pihak perlu bermusyawarah dan bekerjasama secara sistematik termasuklah ibu bapa dan guru melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang cukup berpengaruh serta efektif dalam mencari alternatif terbaik serta formula paling mujarab menangani masalah kritikal ini.
Dalam hal ini semua pihak tidak boleh menyalahkan sesiapa pun atau menuding jari kepada pihak lain tetapi sebaliknya berusaha merancang pelan tindakan bersepadu membendung isu kritikal dan serius ini di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah sama ada membabitkan aspek keagamaan dan moral, aplikasi psikologi pendidikan yang mantap dan pendidikan kesihatan yang konsisten agar masalah sosial ini dapat dikekang dengan bijaksana.
Aspek perundangan juga perlu diberikan perhatian sewajarnya kerana ia membabitkan pelajar sekolah bawah umur yang mana sudah tentu ada undang-undang tertentu mengawalnya.
Sehubungan itu, menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah sosial membabitkan pelajar sekolah, kementerian menerusi perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling (B&K) telah menganjurkan program penerangan mengenai seksualiti, perhubungan antara lelaki dan perempuan serta adab dan tatacara bagaimana untuk bergaul dengan kawan-kawan. Ini kerana kebanyakan kes yang berlaku adalah kerana naluri kedewasaan yang ingin mencuba selain mendapat kebebasan keterlaluan daripada keluarga di samping rapuhnya pegangan serta didikan agama masing-masing.
Untuk itu, benteng agama di kalangan pelajar hendaklah diperkukuh serta dimantapkan lagi agar mereka tidak jauh tersasar dan menyeleweng daripada landasan agama.
Selain usaha pihak sekolah, kementerian juga menasihati ibu bapa atau penjaga agar lebih bersikap prihatin dan mengambil tahu perhubungan anak-anak mereka dengan memantau perubahan tingkah laku harian mereka.
Kementerian juga dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) telah merancang dan melaksanakan beberapa program untuk mendidik pelajar lelaki dan perempuan mengenai seks dan seterusnya mereka diminta berikrar secara bertulis agar menjaga kehormatan diri sehingga ke malam pengantin (alam perkahwinan) setelah tamat program berkenaan.
Ini adalah pembaharuan drastik di dalam penambahbaikan sistem akhlak dan moral pelajar negara yang perlu dilaksanakan segera sebagai mekanisme menghalang aktiviti tidak sihat daripada berleluasa di dalam sistem persekolahan menengah dan rendah di seluruh negara.
Mengenai cadangan untuk menubuhkan sebuah sekolah khas bagi pelajar mengandung luar nikah jika wujud keperluan yang bertujuan menangani gejala pembuangan bayi yang semakin berleluasa dan bukan sebagai galakan kepada remaja untuk terjebak dengan perbuatan hamil luar nikah dilihat tidak praktikal dan tidak sesuai untuk dilaksanakan ketika ini.
Cadangan itu tidak akan menyelesaikan masalah gejala pembuangan bayi malah, dikhuatiri akan menggalakkan lebih ramai pelajar terbabit dalam perbuatan yang sumbang dan tidak bermoral itu. Oleh yang demikian, kita perlu menutup mana-mana pintu saddu zarai’k (menutup ruang maksiat) yang boleh menggalakkan perlakuan keji berkenaan di kalangan generasi muda terutamanya pelajar sekolah ke arah merealisasikan impian gejala sosial sifar.

PENDIDIKAN MORAL PELAJAR TERPINGGIR


Data Kementerian Pelajaran serta statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan jumlah salah laku melibatkan remaja masih bersekolah semakin meningkat. Makin membimbangkan bila data-data tersebut menunjukkan pelajar sekolah bukan sahaja sekadar terlibat di dalam kelakuan tidak sopan, melanggar peraturan sekolah seperti bising dalam kelas, datang lewat ke sekolah, ponteng tetapi juga menjangkau kepada perlakuan jenayah seperti gengsterisme, melakukan gangguan seksual, merogol malah hingga kepada membunuh.

Kajian gengsterisme di sekolah menengah harian yang dilakukan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian Pendidikan mengenal pasti 459 daripada 1,560 buah sekolah terdedah dengan budaya gengsterisme.

Data Kementerian Pelajaran tahun 2008 menunjukkan 21,060 pelajar dikesan ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar terlibat pada tahun sebelumnya. Selain ponteng, salah laku pelajar kurang sopan seperti merokok, tidak hormat guru dan pengawas serta berbahasa kesat adalah kesalahan paling banyak berlaku di sekolah membabitkan 23,220 kes pada tahun 2007 dan 19,980 kes pada 2006.

Akibat meningkatnya gejala sosial yang semakin serius, maka cadangan mengembalikan semula hukuman rotan sekarang berada di atas meja Peguam Negara. Nampaknya institusi pendidikan seperti sekolah seakan sudah hilang upaya untuk menguruskan masalah gejala sosial melalui pendidikan moral dan agama Islam dan akhirnya bersetuju untuk kembali kepada cara lama menangani masalah remaja. Malah institusi kaunseling secara jujurnya juga seperti tidak terdaya menyelesaikan kerenah isu juvenil ini.

Kesalahan remaja sememangnya masalah pendidikan dan sekolah tidak dapat tidak mesti bertanggungjawab membanterasnya tetapi mengambil langkah menggunakan rotan sama sekali tidak akan menghilangkan masalah sosial. Kajian oleh pakar pendidikan pembelajaran sepakat bersetuju bahawa sistem hukuman rotan bukanlah satu kaedah yang paling baik dan berkesan, malah pelajar yang telah melalui kaedah hukuman rotan ada antaranya yang terus menerus melakukan kesalahan yang lebih besar daripada kesalahan di mana mereka pernah dikenakan hukuman rotan. Kajian di negara ini juga telah banyak dilakukan berkaitan masalah disiplin dalam kalangan remaja.

Kementerian Pelajaran telah mencuba pelbagai kaedah untuk menangani masalah disiplin daripada kempen hinggalah bekerjasama dengan pihak polis dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.

Malangnya, impak kepada masalah disiplin sifar nampaknya masih jauh daripada yang diharapkan. Hukuman merotan bukan sahaja ditentang oleh golongan peguam tetapi juga di kalangan pendidik yang mementingkan konsep pendidikan yang murni dan bermaruah.

Kita mungkin berkata merotan akan mendidik pelajar ini supaya tidak akan lagi melakukan perbuatan salah mulai esoknya di sekolah. Maka kita cuba menyatakan jika semua sekolah menjalankan hukuman merotan maka dalam satu jangka nanti akan sangat kurang atau tiada lagi masalah sosial di sekolah kerana pelajar akan takut dikenakan hukuman merotan. Apakah kita percaya ini semua akan berlaku?

Difikirkan semasak-masaknya pelajar yang melakukan masalah disiplin ini sebenarnya adalah mangsa keadaan, sesuatu yang bukan di bawah kawalan mereka. Baik ibu bapa, masyarakat, sekolah, media serta rakan sebaya, semuanya memberikan sumbangan yang kuat ke arah perlakuan dan tingkah laku negatif pelajar. Tetapi bila hukuman hendak dijatuhkan, pelajar ini sahaja yang dipersalahkan, mana ibu bapa, rakan taulan, guru, media yang sentiasa memaparkan adegan ganas dan seks ketika hukuman dilaksanakan.

Banyak faktor lain yang juga mendorong kepada berlakunya masalah ini. Keluarga yang bercerai berai, tuntutan keperluan hidup yang semakin mendesak juga menjadi faktor kepada gejala ini. Malah ada juga menghadapi tekanan membina semula lingkungan rakan sebaya yang kadang kala tersalah pilih kerana tiada bantuan daripada ibu bapa. Tidak cukup dengan itu, anak- anak yang tidak ada potensi akademik tetapi ada potensi sukan, seni dan potensi lain 'digagalkan' oleh sistem pendirian negara kita.

Hanya yang mendapat 5A UPSR, 8A PMR atau 11 A SPM, para pelajar ini diangkat dan dijulang.

Yang lain menjadi seperti orang asing kepada pihak guru dan sekolah. Berapa ramai ibu bapa yang memeluk anak-anak yang mendapat 1A UPSR berbanding yang meleter dan merendah-rendahkan kebolehan anak-anak mereka?

Punca

Masalah disiplin dan krisis moral tentulah berpunca sebahagian besarnya dari amalan pembelajaran pembangunan nilai yang gagal di sekolah. Paling asas ialah kegagalan pendidikan agama serta moral yang dilaksanakan di sekolah. Guru-guru agama dan mata pelajaran moral harapnya jangan marah dengan penulis, tetapi cubalah kita fikirkan bersama, bila semakin ramai orang Muslim-Melayu yang mengaku beragama Islam tetapi tidak mengamalkan pun ajaran yang diwajibkan.

Saya masih ingat seorang kawan sekolah dahulu yang dirotan di dewan perhimpunan mingguan sekolah sehingga kini masih terus menyumpah pihak sekolah. Kesalahannya kerana ditangkap merokok di belakang tandas sekolah. Selepas dirotan guru disiplin memberi amaran supaya beliau berhenti merokok. Tetapi sehingga kini rakan penulis itu masih merokok, tak berniat pun untuk berhenti.

Kita kena membezakan antara hukuman merotan oleh ibu bapa dan pihak sekolah. Konsep merotan yang dilaksanakan oleh ibu kesannya adalah berbeza pada pelajar, tidak sama dengan pihak sekolah. Elemen keterikatan 'pertalian darah antara anak dengan ibu dan ayah' membenarkan anak-anak memahami jika ibu bapa melakukan hukuman tersebut, tetapi jika hukuman tersebut dilakukan oleh pihak sekolah, kadang- kadang hukuman tersebut dilihat sebagaimana menghina, menjatuhkan maruah pelajar dan ramai ibu bapa juga tidak suka anak mereka dirotan. Jangan tanya pendapat awam kerana bukan anak mereka yang dirotan. Mereka semestinya bersetuju dengan hukuman merotan pada anak orang lain.

Satu masa dulu, data menunjukkan lingkungan umur yang paling tinggi melakukan masalah sosial ialah kalangan remaja lelaki antara 15-18 tahun. Namun trend ini dilihat mulai membimbangkan apabila kumpulan pelaku masalah sosial kini semakin rendah tahap umur sehingga ada yang berumur kurang dari 10 tahun terutama berkaitan kes curi, ponteng, merokok dan mencabul pelajar perempuan. Malah remaja wanita juga semakin ramai yang terlibat sebagai pelaku masalah sosial. Menguruskan pelajar perlukan kesabaran para guru, ketelitian dalam berinteraksi dengan kanak-kanak serta secara nasihat berdikit-dikit tetapi konsisten sangat berkesan. Paling penting bermula sejak awal umur kanak-kanak.

Kalaulah merotan terbukti boleh menyelesaikan masalah disiplin, dunia telah lama aman dan sejahtera. Perlakuan jenayah dan gejala sosial menuntut perhatian yang lebih tinggi daripada sekadar mengkaji baik buruknya merotan pelajar. Kanak-kanak pada peringkat muda pada asasnya memerlukan kasih sayang, luangkan masa serta perhatian para ibu bapa dan guru- guru.

Kasih sayang pada pelajar perlu ditunjukkan dengan mendengar dan menyokong bukannya dengan meleter, mengungkit atau merotan pelajar. Para pelajar jika sudah biasa dirotan akan juga menganggap bentuk didikan 'ganas' adalah yang terbaik dan akan melakukannya apabila mereka pula mempunyai anak-anak satu hari nanti. Mereka juga akan percaya apabila wujudnya konflik dengan rakan sebaya di sekolah cara bergaduh dan memukul jugalah yang seharusnya digunakan.

Tindakan yang seringkali dicadangkan oleh pakar pendidikan ialah kecilkan saiz pelajar di dalam bilik darjah supaya perhatian kepada pembangunan sahsiah pelajar akan menjadi lebih baik, tingkatkan kualiti pengurusan pelajar di kalangan guru supaya mereka memahami dengan tepat secara teori dan amalan, atau 'know what' dan 'know how' berkaitan pembangunan pelajar di bawah tanggungjawab mereka, sediakan sistem sokongan kewangan dan khidmat nasihat untuk pelajar,outreach programme di mana kumpulan guru melawat ke rumah pelajar yang menunjuk tanda- tanda masalah di peringkat awal supaya perbincangan dengan ibu bapa dapat dilakukan lebih awal.

Pada masa yang sama guru juga akan dapat membuat penilaian berkaitan keluarga pelajar tersebut. Apalah gunanya di dalam sebuah sekolah jika dengan hanya beberapa orang pelajar mencapai kecemerlangan akademik tetapi pada yang sama ramai pula yang terlibat dengan masalah disiplin di sekolah yang sama.

Biarlah kalau Peguam Negara masih ingin meluluskan undang-undang hukuman merotan ini, biarlah kalau ada sekolah masih juga ingin meneruskan hukuman ini tetapi percayalah masih ramai ibu bapa di luar sana termasuk penulis sendiri sangat percaya bahawa jika anak-anak ini dirotan kerana kesalahan mereka maka kitalah yang sebenarnya gagal mendidik moral kepada mereka.

Rabu, 11 April 2012

PENDIDIKAN MORAL


PENDIDIKAN MORAL

Pendahuluan 

Dalam penghidupan, seseorang individu perlu melalui berbagai proses perkembangan sehingga kematangan. Salah satu proses yang dialami ialah proses perkembangan moral. Mengikut Berk (1989), proses perkembangan moral melibatkan tiga komponen kendiri moral individu. Beliau menyenaraikan komponen-komponen tersebut sebagai penaakulan moral (moral reasoning), emosi moral (moral feelings) dan tingkah laku moral (moral behavior). Ketiga-tiga komponen tersebut adalah berbeza tetapi saling berkait. Penaakulan moral dan emosi moral mempengaruhi tingkah laku moral individu. Dalam usaha melahirkan insan yang bermoral, Pendidikan Moral memainkan peranan yang penting. Pendidikan Moral telah diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran formal dalam kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1983 kepada semua pelajar bukan Islam di darjah satu. Pelajar tingkatan satu mula belajar Pendidikan Moral pada tahun 1989. Pendidikan Moral juga mula bertaraf mata pelajaran peperiksaan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia mulai tahun 1993. Sudah 12 tahun Pendidikan Moral diajar di sekolah menengah. Apakah kesan Pendidikan Moral terhadap proses perkembangan moral pelajar ? Memandangkan kekangan masa dan ruang, kertas kerja ini hanya memilih untuk meninjau kesan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral terhadap perkembangan penaakulan moral pelajar sahaja.

Pengertian dan kepentingan penaakulan moral (Moral Reasoning) 

Penaakulan moral bermaksud proses seseorang individu mencapai keputusan tentang apa yang patut dilakukan dalam sesuatu dilema moral (Rest 1976). Kajian ini menggunakan definisi yang diutarakan oleh Gibbs, Basinger dan Fuller (1992). Mereka telah mendefinisikan penaakulan moral sebagai sebab-sebab atau justifikasi yang dipegang oleh individu untuk menghasilkan sesuatu keputusan moral. Mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral (Pusat Perkembangan Kurikulum 1988 ), penaakulan moral merupakan hasil yang penting dalam pengajaran Pendidikan Moral. Pengetahuan Moral yang diuji di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia untuk pelajar tingkatan 5 juga adalah berasaskan penilaian penaakulan moral (Jeevajothi 1997).

Kohlberg (1975) mengatakan bahawa penaakulan moral bukan sahaja merupakan salah satu faktor yang menggerakkan tingkah laku moral tetapi penaakulan moral juga adalah faktor paling penting yang pernah dikaji dan terbukti dapat menggerakkan tingkah laku moral.  Kohlberg membicarakan bahawa bagaimana individu boleh bertingkah laku moral jika dia tidak faham dan tidak berfikir tenang sebab kenapa dia patut bertingkah laku sebegini. 

Antara lain, Kohlberg (1975) telah menyokong pendiriannya dengan dapatan berikut. Beliau dan Krebs mendapati bahawa hanya 15% subjek kajian yang beroperasi di tingkat poskonvensional meniru dalam sesuatu peperiksaan berbanding dengan 55% subjek kajian yang beroperasi di tingkat konvensional dan 70% subjek yang beroperasi di tingkat prakonvensional. Ini bermaksud, semakin tinggi tingkat penaakulan moral individu, semakin tinggi kemungkinan dia bertingkah laku moral.

Dalam perkembangan yang sama, Blasi membuat rumusan tentang 72 kajian yang mengkaji hubungan antara penaakulan moral, masalah delinkuen dan ciri-ciri yang berkaitan dengan delinkuen (Kitwood 1990). Beliau mendapati bahawa tingkah laku moral adalah berkait dengan penaakulan moral. Misalnya subjek delinkuen menaakul di tingkat yang lebih rendah. 
 
Objektif-objektif pengajaran Pendidikan Moral 
Berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral untuk sekolah menengah (Pusat Perkembangan Kurikulum 1988), objektif-objektif pengajaran Pendidikan Moral sekolah menengah adalah supaya pelajar dapat :
i. memperkukuh dan mempertingkat amalan tabiat dan tingkah laku yang selaras dengan sikap dan nilai moral yang diperolehi pada peringkat sekolah rendah ;

ii. menyedari, memahami dan menghayati norma dan nilai murni masyarakat Malaysia ;

iii. membentuk pemikiran yang rasional berasaskan prinsip-prinsip moral ; 

iv. memberi sebab-sebab yang munasabah berdasarkan pertimbangan moral dalam membuat sesuatu keputusan ; dan
 
v. menggunakan pertimbangan yang berlandaskan prinsip-prinsip moral sebagai panduan dalam amalan kehidupan seharian.

Penilaian terhadap objektif-objektif pengajaran Pendidikan Moral tersebut menunjukkan bahawa pemupukan penaakulan moral dan tingkah laku moral adalah ditekankan dan emosi moral telah diabaikan. Mengikut sukatan pelajaran, pelajar-pelajar perlu belajar membuat pertimbangan moral (moral judgement) dan mereka memerlukan satu kod nilai untuk dijadikan piawai dan asas dalam penaakulan moral mereka. 

Penaakulan moral yang matang adalah penting kerana pemikiran yang rasional memudahkan pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni di kalangan kanak-kanak dan remaja (Loganathan 1995). Stoll dan Beller melaporkan bahawa sekolah-sekolah kini sedar bahawa sesuatu harus dilakukan untuk mengajar nilai-nilai murni dan lebih penting lagi adalah mengajar pelajar cara menaakul tentang sesuatu nilai (Loganathan 1995). Wilson (1973) memang telah menjelaskan bahawa penaakulan moral merupakan suatu kemahiran yang boleh diajar dan dipelajari.

Khamis, 5 April 2012

Ciri-ciri penilaian tingkahlaku moral

CIRI-CIRI PENILAIAN TINGKAHLAKU MORAL

Menurut Popham,W.J. (2000) pendidik/penilai yang berlainan akan menggunakan phrasa penilaian tingkahlaku untuk merujuk kepada pelbagai cara dalam penilaian untuk bidang ini. Ada pendidik yang menggunakan soalan struktur dan soalan esei untuk penilaian tingkahlaku. Tetapai mana-mana penilaian tingkahlaku harus mempunyai sekurang-kurannya 3 ciri-ciri iaitu:

  •  Kriteria penilaian yang pelbagai (Multiple evaluative criteria)
    • Tingkahlaku pelajar perlu dinilai berdasarkan lebih dari satu kriteria
    •  Misalnya untuk menilai kerajinan pelajar perlu ada rujukan pada buku latihan P.Moral, tingkahlaku di kelas, di luar kelas dan waktu p & p.
  •  Standard berkualiti bagi kriteria yang ditetapkan (Prespecified quality standards) 
    • Kriteria yang hendak dinilai perlu dijelaskan pada pelajar sebelum menilai kualiti tingkahlaku pelajar. 
    • Kriteria yang ditetapkan berdasarkan p & p yang telah dijalankan dalam bilik darjah. 
  • Judgmental appraisal 
    •  Dalam penilaian tingkahlaku moral, human judgement menjadi faktor utama untuk menilai seseorang pelajar.
 Untuk maklumat tambahan sila klik di sini.

Ahad, 1 April 2012

Anda boleh juga mendapat maklumat tentang Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral di laman web Pusat Perkembangan Kurikulum  di bawah.

Sukatan Pelajaran Moral

Sabtu, 31 Mac 2012

Aktiviti-Aktiviti Semasa P&P


                                         
                      murid-murid mencantumkan gambar pakaian tradisi kaum berdasarkan jigsaw puzzle.



                 
                                 Murid-murid menampalkan gambar yang telah selesai di papan hitam.



                                               Guru menerangkan tentang hasil kerja murid.


                                    Guru memerhatikan kerja murid sambil membimbing mereka.





Rancangan Mengajar


RANCANGAN MENGAJAR HARIAN PENDIDIKAN MORAL
Mata Pelajaran                     :  Pendidikan Moral
Tahun                                      :  5 Melur
Tarikh                                     :  21 March 2012
Hari                                         :  Rabu
Masa                                      :  8.45 pagi – 9.45 pagi
Jangka Masa                                    : 1 jam (60 minit)
Bilangan murid                    :  7 orang
Bidang                                  :  Nilai berkaitan dengan perkembangan diri
Nilai                                        :  Kepercayaan kepada Tuhan
Tajuk                                      :  Menghormati agama lain
Pengetahuan sedia ada     : Murid telah mempelajari tentang pegangan agama masing-
                                                  masing.

Hasil pembelajaran             : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat ;
                                                                              i.        Menceritakan tentang agama dan tempat beribadat yang terdapat di malaysia..
                                                                            ii.        Menyenaraikan anutan agama yang terdapat di Malaysia.
                                                                           iii.        Mengemukakan idea atau pendapat tentang cara menghormati agama lain.
Unsur KBKK                         :  Membuat Inferens
Pendekatan                          :  Pendekatan perkembangan nilai kognitif dan pembelajaran     
                                              koperatif.

Strategi                                  :  Pemusatan murid dan bahan
BBM                                       :  Gambar, Lagu Hari Raya, Tahun Baru Cina dan
                                                   Deepavali, Video Hari Raya, Tahun Baru Cina dan
                                                   Deepavali, kertas A4 berwarna.


PERKEMBANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LANGKAH
ISI
PELAJARAN

AKTIVITI GURU

AKTIVITI MURID

CATATAN

Set Induksi
(10 minit)
Sambutan perayaan pelbagai kaum di Malaysia.
Guru menayangkan video tiga sambutan perayaan utama di Malaysia.

a.  Agama apakah yang dianuti dalam video tersebut?
b.  Mengapakah kita perlu menghormati agama-agama di Malaysia?
c.   Bagaimanakah cara untuk menghormati agama lain?

Guru mengaitkan video dengan tajuk pelajaran yang akan diajarkan.
Murid menonton video dan cuba memahami kandungan video yang ditonton.

                                      















Murid  memahami hubungan video tersebut dengan tajuk yang akan diajar oleh guru.

BBM
Video
Langkah 1
(15 minit)

Agama dan tempat ibadat
Guru meminta beberapa orang murid untuk menceritakan tentang agama dan tempat ibadat serta perayaan yang terdapat di Malaysia.

a.  Mengapa manusia memerlukan agama dalam hidup?

b.  Mengapa perlu menyambut perayaan?

Guru membuat kesimpulan daripada jawapan pelajar dan menerangkan 3 anutan agama yang utama di Malaysia dan tempat ibadat bagi agama tersebut.

Murid mendengar dan mencatat isi penting daripada apa yang diceritakan oleh rakan.



                       

                                         










Soal jawab dari murid jika kurang faham dan membuat catatan hasil daripada penerangan guru.






Langkah 2
(15 minit)

Gambar-gambar yang berkaitan dengan agama dan tempat ibadat.



G   Gambar berkaitan pakaian tradisi setiap kaum.

Guru melekatkan gambar tempat ibadat di papan hitam.  
Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. Guru memberikan sampul surat yang mengandungi jigsaw puzzle.

Murid dikehendaki mencantumkan gambar pakaian tradisi kaum berdasarkan jigsaw puzzle.

Wakil setiap kumpulan dikehendaki memadankan gambar pakaian tradisi pada sudut papan hitam.


BBM
Gambar rumah ibadat, pakaian tradisi setiap kaum.
Langkah 3
(15 minit)

Kepentingan menghormati agama orang lain






Aktiviti mewarna.
Guru menerangkan kebaikan menghormati agama orang lain dalam konteks negara Malaysia yang pelbagai kaum.

Guru mengedarkan kertas A4 pelbagai warna kepada murid untuk membuat kad ucapan.

Murid diminta memberikan pendapat masing-masing daripada aktiviti yang dijalankan.

Contoh jawapan
1.toleransi
2.menghormati
3.bersatupadu

Murid mencipta kad ucapan.

1.    Kad ucapan Deepavali.
2.    Kad ucapan Selamat Hari Raya
Penerangan

Bersoal jawab



BBM
Edaran kertas A4 berwarna.
Penutup
(5 minit)
Rumusan.







Guru meminta wakil murid membuat rumusan mengenai kepentingan menghormati agama lain.

Secara keseluruhannya guru membuat kesimpulan.
Murid membuat rumusan secara ringkas dan padat mengenai kepentingan menghormati agama lain dan murid bersoal jawab sesama mereka dengan bimbingan guru.


Rumusan murid.






Rumusan guru.




 Untuk Muat Turun Secara Percuma Rancangan Mengajar Matapelajaran Pendidikan Moral

Sila Klik Link Dibawah.....